+603 5522 8589
9:00 A.M - 5:00 P.M
Monday - Friday
Closed on Public Holiday

TAJAAN SEMPENA ULANG TAHUN FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KE-20 TAHUN

Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menyambut ulang tahun ke-20 pada bulan November 2022. Pelbagai program telah dirangka bagi menjayakan sambutan ulangtahun ke-20 fakulti tersebut.

Pihak TRIplc Berhad telah berbesar hati memberikan sumbangan yang berjumlah RM80,000.00 kepada pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi mengisi dana sempena sambutan ulang tahun ke-20 fakulti tersebut.

Cek sumbangan telah diserahkan kepada YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor, UiTM oleh Tuan Azlan Shah Tan Sri Rozali, Pengarah Urusan, Kumpulan Puncak Niaga Holdings Berhad yang juga merupakan Pengarah, TRIplc Berhad diiringi oleh YBhg. Dato’ Ts. Jamaludin Buyong, Pemangku Pengarah Urusan, TRIplc Berhad pada 5 September 2022.

Pihak TRIplc Berhad berharap agar sumbangan yang telah diberikan dapat membantu pihak fakulti di dalam memastikan sambutan ulang tahun ke-20 Fakulti Perubatan UiTM dapat dijalankan dengan meriah dan lancar seperti yang dirancang.

Semoga hubungan dan Kerjasama erat di antara pihak UiTM dengan TRIplc Berhad akan terus terjalin di masa akan datang.