+603 5522 8589
9:00 A.M - 5:00 P.M
Monday - Friday
Closed on Public Holiday

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1444H/2022M PERINGKAT HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH (HASA) & UiTM CAWANGAN SELANGOR

Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor telah berkolaborasi dengan TRIplc Medical Sdn Bhd (TMSB) di dalam menjayakan program Maulidur Rasul 1444H/2022M peringkat HASA dan UiTM Cawangan Selangor pada 4 November 2022. Tema sambutan Maulidur Rasul 1444H/2022M adalah ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’ yang mana ianya adalah bertepatan dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Majlis bermula sekitar jam 8:30 pagi dengan perarakan kontinjen Maulidur Rasul yang disertai oleh kakitangan HASA, UiTM Cawangan Selangor dan TMSB. Perarakan kontinjen diiringi dengan selawat dan puji-pujian ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Majlis diteruskan lagi dengan ceramah Maulidur Rasul oleh YBhg. Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias dengan tajuk ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’ dan diserikan dengan persembahan nasyid dari kakitangan HASA dan kuiz. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan berakhir pada jam 11:15 pagi.