+603 5522 8589
9:00 A.M - 5:00 P.M
Monday - Friday
Closed on Public Holiday

PERALATAN PERUBATAN TAMBAHAN : MAJLIS MENANDATANGANI DAN PENYERAHAN LETTER OF AWARD (LOA) DAN PURCHASE ORDER (PO)

TRIplc Medical Sdn Bhd (TMSB) telah dilantik oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai kontraktor untuk membekalkan peralatan perubatan tambahan di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA).

Sehubungan dengan itu, TMSB telah melantik Juru Runding dan beberapa pembekal untuk membekalkan peralatan perubatan tambahan ke HASA mengikut spesifikasi yang diperlukan.

Majlis menandatangani dan penyerahan Letter of Award (LOA) kepada Juru Runding dan Purchase Order (PO) kepada beberapa pembekal yang dilantik telah diadakan pada 6 Oktober 2022 di Wisma Rozali, oleh Encik Azlan Shah Tan Sri Rozali, Pengarah Urusan, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) diiringi oleh YBhg. Dato’ Ts. Jamaludin Buyong, Pemangku Pengarah Urusan, TRIplc Berhad.

Semoga kerjasama erat diantara TMSB dan Juru Runding serta pembekal yang dilantik dapat dijalankan di dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik di HASA.