+603 5522 8589
9:00 A.M - 5:00 P.M
Monday - Friday
Closed on Public Holiday

PEMERIKSAAN PEMBAHARUAN SIJIL PERAKUAN BOMBA

Perakuan bomba adalah merupakan sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kepada premis yang dikategorikan sebagai premis ditetapkan. Semua premis ditetapkan perlu mempunyai sijil perakuan bomba dan perlu diperbaharui pada setiap tahun.

Untuk tahun 2021/2022, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) telah berjaya menerima Sijil Perakuan Bomba dari JabatanĀ  Bomba dan Penyelamat Malaysia. Bagi tahun 2022/2023, pemeriksaan ke atas premis HASA telah dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Bukit Jelutong. Ini adalah untuk memastikan bangunan HASA mematuhi peraturan dan piawaian yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta sekaligus melayakkan HASA memperbaharui Sijil Perakuan Bomba.

Pemeriksaan telah dilakukan pada 2 November 2022 yang diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan turut hadir wakil TMSB serta Superintending Officer (SO).

Besarlah harapan TMSB agar bangunan HASA akan menerima pembaharuan Sijil Perakuan Bomba untuk tahun 2022/2023.