+603 5522 8589
9:00 A.M - 5:00 P.M
Monday - Friday
Closed on Public Holiday

LAWATAN KE TIME NETWORK SDN BHD, LAUNDRY PLANT

TRIplc Medical Sdn Bhd (TMSB) adalah merupakan sebuah syarikat konsesi yang menjalankan aktiviti Perkhidmatan Pengurusan Aset di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA). Terdapat 7 perkhidmatan yang diberikan kepada HASA dan salah satu daripadanya adalah Linen & Laundry Services (LLS).

Bagi melihat proses pencucian linen dan mesin-mesin yang digunakan, TMSB telah mengadakan lawatan ke sebuah Laundry Plant iaitu Time Network Sdn Bhd yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Lawatab tersebut telah diadakan pada 5 Oktober 2022 dan dihadiri oleh Encik Azlan Shah Tan Sri Rozali, Pengarah Urusan, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) dan wakil dari TMSB.

Pihak Time Network Sdn Bhd telah memberikan penerangan berkenaan dengan proses pencucian linen serta mesin-mesin yang digunakan untuk proses pencucian hingga pengeringan. Lawatan bermula lebih kurang jam 10:00 pagi dan berakhir pada jam 11:30 pagi.