+603 5522 8589
9:00 A.M - 5:00 P.M
Monday - Friday
Closed on Public Holiday

LAWATAN KE LAUNDRY PLANT DAN INCINERATOR PLANT

Bagi memastikan kepatuhan terhadap peruntukan di dalam Perjanjian Konsesi dan pematuhan terhadap keperluan di dalam akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH), TRIplc Medical Sdn Bhd (TMSB) telah mengadakan lawatan ke Laundry Plant dan Incinerator Plant milik Radicare (M) Sdn Bhd yang terletak di Banting, Selangor pada 26 Sept. 2022.

Kakitangan dari Jabatan Infrastruktur, Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) telah dibawa ke Laundry Plant dan Incinerator Plant untuk tujuan pemeriksaan proses pencucian linen serta dan proses pelupusan sisa buangan. Lawatan bermula lebih kurang jam 10:00 pagi di mana taklimat ringkas diberikan oleh wakil Radicare (M) Sdn Bhd, disusuli dengan lawatan ke kedua-dua buah loji (plant) dan lawatan berakhir pada jam 1:00 tengahari.