+603 5522 8589
9:00 A.M - 5:00 P.M
Monday - Friday
Closed on Public Holiday

LAWATAN KE INSTITUT KANSER NEGARA (IKN)

Bagi mendapatkan pengiktirafan di peringkat nasional dan antrabangsa, Hospital Al- Sultan Abdullah (HASA) kini sedang di dalam proses untuk mendapatkan akreditasi persijilan MSQH. Bagi memastikan HASA mendapat persijilan Malaysian MSQH, bengkel MSQH telah diadakan pada 5 hingga 7 Oktober 2022.

Setelah bengkel Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) diadakan, Jabatan Infrastruktur, HASA telah menganjurkan lawatan ke Institut Kanser Negara (IKN) pada 11 Oktober 2022 bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut dan melihat contoh-contoh dokumen yang perlu disediakan sebelum audit dijalankan bagi memastikan HASA menerima akreditasi MSQH.

Adalah diharapkan agar kedua-dua belah pihak iaitu Jabatan Infrastruktur dan TRIplc Medical Sdn Bhd (TMSB) dapat menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan seterusnya dapat membantu HASA di dalam proses audit MSQH.