+603 5522 8589
9:00 A.M - 5:00 P.M
Monday - Friday
Closed on Public Holiday

LAWATAN KE HOSPITAL PAKAR AVISENA, PUSAT PERUBATAN MSU DAN HOSPITAL PAKAR DAMANSARA 2

Sebagai syarikat konsesi yang menjalankan aktiviti Perkhdimatan Pengurusan Aset di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), adalah menjadi tanggungjawab TRIplc Medical Sdn Bhd (TMSB) di dalam memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan serta memastikan operasi di HASA berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Justeru, TMSB telah mengadakan lawatan dan perbincangan dengan 3 buah hospital swasta iaitu Hospital Pakar Avisena, Pusat Perubatan MSU dan Hospital Pakar Damansara 2 pada 7 dan 14 November 2022 bagi membantu TMSB di dalam perkhidmatan radiologi, Central Steril Supply Department (CSSD), patologi dan Haemodialisis sekiranya berlaku sebarang kerosakan peralatan.

Berdasarkan kepada perbincangan yang diadakan, ketiga-tiga buah hospital tersebut akan memajukan cadangan perkhidmatan yang akan ditawarkan dan sekiranya kedua-dua belah pihak bersetuju, Perjanjian Persefahaman akan ditandatagani oleh kedua-dua belah pihak.

Diharap agar hubungan dan kerjasama erat di antara ketiga-tiga hospital tersebut dapat dijalinkan.