+603 5522 8589
9:00 A.M - 5:00 P.M
Monday - Friday
Closed on Public Holiday

LATIHAN PENGURUSAN BAHAN BERBAHAYA

Prosedur pengurusan bahan berbahaya adalah perlu dipatuhi oleh mana-mana orang-perseorangan yang mengendalikan bahan berbahaya. Ini adalah untuk memastikan pengendalian bahan tersebut mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dan Jabatan Alam Sekitar serta sebagai usaha untuk memastikan alam sekitar tidak tercemar oleh sisa bahan berbahaya dan alam sekitar selamat untuk generasi masa hadapan selaras dengan Sustainable Development Goal: 17 goals to transform our world yang dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO).

Sebagai maklumat dan kesedaran untuk warga Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA), latihan Pengurusan Bahan Berbahaya telah diadakan dan disampaikan oleh kakitangan TRIplc Medical Sdn Bhd (TMSB) iaitu Encik Mohammad Kauthar Abd Rahman, Ketua Operasi Bukan Teknikal dan Encik Mohd Afzan Norizan, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan pada 22 September 2022 di Bilik Persidangan 2, Hospital Al-Sultan Abdullah.

Diharap segala ilmu yang diberikan sepanjang seminar tersebut dapat diaplikasikan oleh kakitangan HASA.