+603 5522 8589
9:00 A.M - 5:00 P.M
Monday - Friday
Closed on Public Holiday

KURSUS KESEDARAN SISTEM PENGURUSAN BERSEPADU (INTEGRATED MANAGEMENT SYSTEM AWARENESS TRAINING)

Salah satu keperluan Perjanjian Konsesi yang perlu dipatuhi oleh TRIplc Medical Sdn Bhd(TMSB) ialah untuk mendapatkan Persijilan Sistem Pengurusan Bersepadu (Integrated Management System) dalam tempoh dua (2) tahun selepas Asset Management Services (AMS) beroperasi iaitu selewat-lewatnya pada 1 Februari 2023. Untuk itu, Kursus Kesedaran Sistem Pengurusan Bersepadu (Integrated Management System Awareness Training) telah diadakan pada 28 & 29 Jun 2022 (Selasa & Rabu) di Pejabat Tapak, TRIplc.

Persijilan PengurusanBersepadu yang akan diperolehi oleh Z1P3 AMS terdiri daripada:
i. Sistem Pengurusan Kualiti (ISO 9001:2015);
ii. Sistem Pengurusan Alam Sekitar (ISO 14001:2015); dan
iii. Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (ISO 45001:2018).

Berikutan daripada itu, proses untuk mendapatkan persijilan tersebut telah dijalankan dansalah satu keperluannya adalah mengadakan kursus kesedaran kepada kakitangan Z1P3 AMS.

Kursus kesedaran telah diadakan selama dua (2) hari bermula dari 28 hingga 29 Jun 2022 bertempat di Pejabat Tapak TRIplc bagi memberikan maklumat dan pengetahuan berkenaandengan Sistem Pengurusan Bersepadu seperti yang dinyatakan di atas. Kursus tersebutdisampaikan dengan jayanya oleh Puan Amira Abd Rahaman yang merupakan Lead Auditorkumpulan Puncak Niaga.

Diharap segala ilmu yang diberikan sepanjang kursus tersebut dapat diaplikasikan oleh kakitangan Z1P3 AMS dalam melaksanakan tugasan.