+603 5522 8589
9:00 A.M - 5:00 P.M
Monday - Friday
Closed on Public Holiday

Hospital Specific Implementation Plan (HSIP) Lancarkan Pelaksanaan Konsesi Asset Management Services (AMS) Hospital UiTM Puncak Alam

Kuala Lumpur, 7 April – TRIplc Berhad melalui anak syarikatnya TRIplc Medical Sdn Bhd dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang kini telah mula menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di bawah perjanjian konsesi Asset Management Services (AMS) telah melaksanakan Hospital Specific Implementation Plan (HSIP) bagi tahun 2021.

Objektif HSIP adalah untuk mengemas kini pihak UiTM mengenai unsur-unsur utama HSIP bagi tahun 2021 di samping memberi penerangan kepada UiTM mengenai tanggungjawab Syarikat Konsesi dan apa yang diharapkan daripada UiTM untuk pelaksanaan AMS bagi tempoh konsesi selama 22 tahun mulai 2021 sehingga 2043.

Dalam ucapan beliau, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menyatakan bahawa HPUiTM bukan hanya menjadi pusat penyebaran ilmu perubatan bahkan akan berfungsi seperti hospital biasa yang bakal memberikan akses kepada masyarakat setempat terhadap perkhidmatan perubatan yang berkualiti.

Untuk makluman, HSIP adalah dokumen dinamik yang memperincikan maklumat hospital pengajaran, pernyataan kaedah, prosedur, jadual dan data yang tepat mengenai bagaimana Syarikat Konsesi akan melaksanakan semua perkhidmatan yang diperlukan di Hospital Pengajar UiTM Puncak Alam.

Terdapat sebanyak lapan jenis perkhidmatan yang akan dilaksanakan oleh TRIplc sepanjang tempoh konsesi iaitu:

1. Facility Management Services (FMS)
2. Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS)
3. Facilities Engineering Maintenance Services (FEMS)
4. ICT System & Services (ICT)
5. Cleansing Services (CLS)
6. Healthcare Waste Management Services (HWMS)
7. Linen and Laundry Services (LLS)
8. Hospital Support Services (HSS)

Program selama dua hari di Sofitel, Kuala Lumpur ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato Jamaludin Buyong, Pemangku Pengarah Urusan TRIplc Berhad, Prof Dr. Sazzli Shahlan Kassim, Pengarah Hospital UiTM Puncak Alam, En. Zaidi Mohamed Noor, Pengurus Besar Z1P3 serta seramai hampir 40 orang kakitangan UiTM dan TRIplc yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan AMS.

Dalam sesi ini juga, TRIplc telah menggariskan tanggungjawab utama kedua-dua belah pihak dalam memastikan pelaksanaan AMS berjalan seperti yang dirancangkan, iaitu pihak TRIplc selaku Syarikat Konsesi bertanggungjawab untuk:

1. Menyediakan HSIP untuk semua perkhidmatan yang diperlukan dan menghantar setiap tahun untuk kelulusan berdasarkan data semasa hospital;
2. Mengkaji dan mengemas kini kandungan HSIP setiap tahun atau apabila diperlukan; dan
3. Memberi penerangan kepada UiTM mengenai kandungan HSIP bagi Hospital UiTM.

Sementara itu pihak UiTM pula bertanggungjawab untuk:

1. Menilai, menyemak dan meluluskan HSIP yang dikemukakan oleh Syarikat Konsesi pada tarikh akhir yang telah dipersetujui;
2. Melantik Pegawai Perhubungan (Liaison Officer); dan
3. Memaklumkan kepada Syarikat Konsesi mengenai sebarang perubahan berkaitan HSIP yang diperlukan dari semasa ke semasa.

Dalam majlis penutup mewakili kedua-dua belah pihak, YBhg. Dato’ Jamaludin dan Prof. Sazzli senada dalam menyatakan komitmen bagi menjayakan pelaksanaan AMS.

Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari pada jam 12.30 tengahari.