+603 5522 8589
9:00 A.M - 5:00 P.M
Monday - Friday
Closed on Public Holiday

BENGKEL MALAYSIAN SOCEITY FOR QUALITY IN HEALTH (MSQH)

Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) telah ditubuhkan pada tahun 1997 dengan visi untuk menyokong dan mempromosi peningkatan kualiti dan keselamatan yang berterusan dalam penjagaan kesihatan Malaysia. MSQH diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa sebagai organisasi terkemuka Malaysia yang menggalakkan dan meningkatkan keselamatan dan kualiti dalam penyediaan perkhidmatan penjagaan kesihatan di Malaysia.

Bagi merealisasikan visi ini, MSQH membangunkan piawaian, merancang dan melaksanakan program akreditasi, menggalakkan peningkatan keselamatan dan kualiti dalam kemudahan penjagaan kesihatan dan mengatur peluang untuk perkongsian idea dan pertukaran pengalaman mengenai amalan semasa dan terbaik di dalam penjagaan kesihatan.

Untuk mendapatkan pengiktirafan di peringkat nasional dan antrabangsa, Hospital Al- Sultan Abdullah (HASA) kini sedang di dalam proses untuk mendapatkan akreditasi persijilan MSQH. Bagi memastikan HASA mendapat persijilan MSQH, bengkel MSQH telah diadakan pada 5-7 Oktober 2022 di Avilion Admiral Cove, Port Dickson, bagi memberikan penerangan kepada Jabatan Infrastruktur, HASA terhadap 3 standard yang berkaitan dengan keselamatan, persekitaran dan biomedikal serta berbincang berkenaan dengan dokumen-dokumen yang perlu disediakan sebelum audit dijalankan.

Diharap, HASA akan menerima akreditasi persijilan MSQH agar HASA menjadi sebuah hospital yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.